Monday, November 30, 2009

rehat-rehat


cuti perayaan kali ni aku ngan family g berkelah di jeram sagil.. g mandi manda skit. perjalanan dari melaka mengambil masa lebih kurang sejam setengah. siap bawa bekalan lg, mcm2 ada..
anak aku yang sedang kesejukan..

masa menyelam ikan punyalah banyak.. sempat gak ikan gigit aku nya kaki.. apa lagi geram punya tgk ikan main2 kan aku, aku pun cuba la tangkap ikan kat situ.. punyala lama mencuba akhirnya dapatlah aku tangkap sekor ni.. masa nak balik maklang aku lepaskan balik ikan tu.. klu dapat 30 ekor leh gak goreng.. dapat sekor jerr..


masa balik tu kami singgah jap kat pekan jasin minum & makan2 skit.. masa tu anak aku dah tdo.. letih gak aku berenang kat sagil ni.. letih sbb aku tak tau berenang kot..hehehe..



Thursday, November 26, 2009

mantai


hari ni aku dah mula start cuti sampai hr ahad.. pagi2 lg wife aku dah tel g kat tempat keja dia sbb keta tak leh on.. aku tgh siap2 nk g main tenis lak.. kena la jenguk n buat apa yg patut dulu.. masalah bateri rupanya, aku pun 'gunalah 'jumper' yg dah ada kt keta aku.. nasib baik ok.. aku pun terus g main tenis ngan member aku.. lepas penat main aku pun balik la.. pastu dlm perjalanan aku ternampaklah mamat ni tgh jual daging lembu kat tepi jln.. mmm.. member aku si ijoi buat part time dia apabila setiap perayaan hari raya tiba.. ni la pot dia tiap2 thn.
biasanya dari kul 9 hingga kul 12 habislah semuanya.. biasanya org akan sapu bersih semua bahagian dari hujung kaki hingga hujung kepala... lemak, tulang,hati, jantung, perut & sebagainya akan habis dibeli. biasanya untung seekor lembu lebih kurang rm500-mr700. k la tu cuma keja separuh hari dah dapat untung mcm tu.. di n9 aktivi menyembelih lembu sebelum hari raya ni dipanggil 'mantai'.. kat negeri lain tak tau ler guna istilah apa.

Thursday, November 19, 2009

cukup rasa


macam biasa bila balik dari keja aku akan singgah kedai runcit dekat dgn rmh aku.. beli apa2 yg patut utk menu makan mlm ni.. biasanya dah kat dalam kedai runcit baru tau apa nak msk..pusing punya pusing jumpa ler aku ngan perisa maggi cukup rasa.. selalu gak tgk dlm iklan tapi tak pernah beli.. leh cuba nii.. aku pun beli la satu nak cuba.. akhirnya jadi ler sup cukup rasa aku hari ni.. ok ke tak tak tau ler..aku ni klu sendiri masak semuanya sedap.. takkan nak kata tak sedap.. letih oooo..
bila dah duk kat perantauan ni.. bukannya senang nak rasa makanan tradisi, terutama masakan n9.. masak lomak cili api.. kat bangi ni mmg ada masakan tradisi n9 ni.. tapi tak cukup rasa la.. jadi akupun buatlah sendiri.. nak makan masakan mak aku dah lama tak balik kg.. tak sempat dah nak tgu hari raya aidiladha ni.. sampaikan org rmh kata, aku ngigau sebut 'rindu'... rindu masakan n9 kot.... so akupun masaklah masak lomak cili api ikan parang.. meleleh air liur den...

selamat menjamu selera...

Monday, November 16, 2009

letih laa..


minggu ni aku ada game tenis di kajang hill, kajang. tengoklah tu.. macam best jer aku..
main tenis ni bukanlah sesenang yg kita tengok kat astro sports tu.. aku kalau buat servis mesti byk sangkut kat jaring hehe..


dalam tengah main sempat gak aku possing.. letih ooo.. pada perlawanan pertama aku/hezrey kalah 6-7(tie-breaks) & 3-6. aku kalah kat team otai.. Salleh Jani / Zul.. diaorg ni dah biasa main.. aku ni lak baru jer belajar2.. badan2 pun dah mula sakit2 ni, jalan pun macam ibu tgh berpantang nih.. tgh pikir nak g ayat doktor sbb tak larat nak keja ni..hehe..


ni lak antara pemai-pemain yg memeriahkan kejohanan tersebut.. Shahriman/Sanusi lwn Diky/Kamal..

zul tengah memberi tunjuk ajar kat hezrey camner nak pegang reket tenis.. sebab hezrey ni champion bandminton kat sykt aku ni.. skrg dalam pembikinan nak jadi champion tenis lak...

Thursday, November 12, 2009

ohh anak

dalam tak sedar anak aku ni dah meningkat dewasa.. dari sekecil kecil bayi dulu, kini dah besar.. dari merangkak-rangkak kini dah berjalan..seterusnya berlari-lari. hari ni aku tengok dia sungguh ceria skali..sejuk hati melihatnya gembira.. bagi aku.. bukan senang nak jaga anak yang dr kecil ni sampai dah besar ni.. mmm..maklumlah aku ni tak pernah ada adik ataupun lebih dikenali sebagai pengalaman menjaga budak. disebabkan dah tggjwb..aku cuba biasakan diri gak.. hehe..tgklah skrg..membesar juga anak aku..
bab menjaga anak ni memang mencabar terutama masa dia bayi lagi.. aku biasa duk berdua jer dgn anak aku ni terutama masa wife aku kerja mlm.. mula2 dulu takut gak..yer la..bayi ni kan selalu jer meragam..terutama waktu demam..
bayi memang suka menangis sampaikan buat kita jadi tension.. tapi bila kita tension.. dapat tgk anak ni buat kita ok balik..

aku pernah baca artikal tentang penjagaan bayi yang menyebut :
dengarilah tangisan bayi anda ketika kecilnya... mungkin apabila dia dewasa nanti kita yang akan menangis kerana rindukan tawa tangisnya.. kerana anak itu akan sibuk dengan urusannya..

Sunday, November 8, 2009

hoben jang hoben


Kali terakhir N9 menang piala malaysia ialah tahun 1948.. lama gak tuu.. memandangkan dah lama sgt & tak pernah tgk N9 menjulang piala malaysia, aku pun dgn yakinnya nak pergi tgk pasukan negeri aku masuk final ni.. pada mulanya malas gak nak g sbb dah kecewa tgk pada thn 2000 & 2006.. pikir2 blk g ajerlah..mana la tau menang. bukan senang nak sampai sana sbb ptg tu hujan lebat & org sgt ramai.. tgk la kt dlm lrt ni.. penuh sesangat..



malam tu memang best tgk mcm2 gelagat penyokong terutama penyokong N9 yang sporting.. tgk la tu.. gembiranya diaorg bila N9 dapat gol..


akhirnya penantian aku selama lebih 60 thn tercapai..

ganeh demo


perlawanan akhir piala malaysia antara n9 dan kelantan semalam khususnya dibanjiri oleh penyokong kelantan. gambar ni diambil semasa di stesen LRT bukit jalil.. penuh penyokong kelantan. sewaktu dlm LRT aku memang dah terasa lain macam jer sbb penuh dengan penyokong kelantan jer..hehe.. masa tu diaorg ni masih boleh bersuka ria & berjenaka.. borak2 dengan diaorg pun boleh...
tegoklah kat dalam stadium ni.. hanya 1/3 shj penyokong n9 yang datang menonton & selebihnya penyokong kelantan.


apabila pasukan kelantan ketinggalan 2 kosong, penyokong mereka dh mula buat hal.. mercun & botol air aku tgk melambung sana sini.. bila dh 3-0 keadaan lagilah bertambah buruk.. kerusi & kain rentang diaorg bakar. lagi bertambah buruk apabila penyokong n9 kuar untuk ke stesyen LRT.. diorg tak bagi penyokong n9 kesana.. sebabkan tu aku dah tertinggal LRT sbb perjalanan terakhir kul 12 mlm. mlm tu aku berempat tapi kawan aku azham hilang dalam ribuan penyokong sbb dikejar penyokong kelantan yg naik angin.. lintang pukang gak la aku melarikan diri masa tu.. nyesal..lepas ni kalau n9 lwn kelantan tobat aku tak nak pegi lagi.. aku terpaksa panggil member aku amik kt bukit jalil utk hantar kitaorg balik. ganas..ganas.. tapi tak lah semua penyokong kelantan tu camni..tapi disebabkan segelintir yg buat hal habis semua ngikut.. ada gak yang ok.. ada la brother dr kelantan tu yg suruh aku jgn lalu kawasan tu sbb penyokong dia tgh mengamuk.. apa2 pun..thanks bro..

Wednesday, November 4, 2009

jam


Hari ni aku sibuk la skit dgn keja2 yg tak pernah siap tu.. tgkla kesibukan aku bekerja sampai 2 komputer skali aku on... hehe.. rasa2 ada tak org yg buat keja sampai 3-4 biji komputer... fuiyoo.. sbuk giler org tu.. dlm tengah2 buat keja bos aku suruh g tlg dia susun & buat apa yg patut untuk penyampaian 'long service awards' sabtu ni.. sykt aku tiap2 thn ada memberi sumbangan hadiah diatas jasa & sumbangan pekerja bagi tempoh2 jangkamasa dia bekerja di sykt. pekerja yg dah bekerja selama 5,10,15,20 & seterusnya akan diberi hadiah mengikut nilai tahun bekerjanya, lagi lama lagi byk la nilai hadiah tu..
ni lah antara jam2 yg dilambakkan kt depan mata aku utk disusun & dikotakkan semula.

bila dah susun cantik barulah disimpan utuk penyampaian hadiah tu pada hari sabtu ni.. letih gak aku & geng2 aku nak settlekan benda ni.. dari pagi sampai petang aku mengerjakan benda ni jer.. nilai jam ni antara rm250 (after discount) hingga rm2000 (after discount).. aku nya takder lak thn ni sbb dh dapat 2 thn lepas.. kenalah tunggu 2-3 tahun lagi.. kot aku keja kat sini lagi.






Monday, November 2, 2009

makan


Semalam ahad aku sekeluarga didatangi tetamu dari melaka iaitu nenek sedara anak aku.. (mak sedara wife aku). Tujuan diaorg dtg ke kajang ni nak pegi jln2 kt rmh kwn dia di saujana putra di puchong. petang tu puas gak aku cr tempat tu sbb byk sgt nama saujana kat puchong tu.. Tengahari ni mak sedara wife aku ajak makan t.hari kat luar.. aku ni bab mkn kt luar kantoi skit sbb tak tau mana yg ok.. org jauh dtg mesti la nak bw kt tempat2 yg ok skit.. aku pun bw la g makan kt d-limau nipis berhadapan PKNS bangi. Ok ke tempat ni ekk.. tak tau laa..

yang aku tau kat situ air nya jer yg ok.. air d-limau nipis special.. tgk la anak aku dgn penuh yakin jer minum air tuu..