Wednesday, December 23, 2009

rambut

Macam biasa bila aku balik keja.. aku akan ambil anak aku kat rmh pengasuh anak aku.. mmm.. anak2 zaman skrg ni fesyen rambut dia memang laa.. cacak2 lg.. mesti anak2 pengasuh anak aku yg tlg andamkan anak aku ni.. hehe..
kecik2 rambut camni ok ler.. dh besar nant jgn jd mat punk dh ler.. ayh lolah ko satu taman ni hehe..

bukan apa.. nak tunjuk fesyen cacak rambut anak aku ni berlarutan sampai dia bgn pagi.. bgn2 jer suruh buka citer kartun.. sambil rambut mancacak lagi...

Friday, December 18, 2009

makan malam


malam ni aku g jln2 cari makan.. nak cari tempat best2 skit.. rasa2 kedai yang jual masak lomak cili api ada tak? tak pun masak asam pedas... haha.. mlm2 mana ada dah jual sume tu.. aku jumpa kedai yg jual pizza lak malam ni..


aku ingatkan anak aku suka la mkn pizza ni.. yer laa.. anak aku ni kan org bandar.. lahir kat kota.. mesti suka makan benda2 macam ni.. aku ni lain la.. lahir pun kat corok kampung.. tapi anak aku ni tak suka lak makan pizza ni.. di main2 jerr.. dia ajak aku balik cepat nak balik rumah.. nak nasi katanya.. sbuk nak nasi..aku pun tak sempatlah nak makan sgt n terpaksa bungkus bw balik..



haha... org rmh aku tak sempat nak makan puas2.. lain kali jer lah..

Friday, December 11, 2009

hari ni selangor cuti..aku pun cuti n relax kat rmh jer arini.. xder plan g mana2 pun.. main dgn anak jer.. hari ni aku sembahyang jumaat di masjid taman perumahan aku di taman kajang mewah.. huraiaan dari khutbah jumaat hari ni ialah kita mestilah sentiasa melakukan kebaikan.. dimana setiap kebaikan akan mendapat balasan walaupun sebesar zarah.. begitu juga jika kita melakukan keburukan walaupun sebesar zarah akan mendapat balasan juga.. khutbah hari juga byk menceritakan perjuangan khalifah2 di masa dahulu diamana kebaikan dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan islam.. hahaha.. itu aja yg dapat aku simpulkan..
dalam tgh duk mendengar khutbah jumaat tiba2 kertas ni jatuh kat aku.. rupanya iklan jawatan kosong.. bagus gak idea diorg ni iklan kan kat masjid selain dari iklan kat dalam surat khabar..dapat juga menjimatkan kos.. mungkin sykt aku pun kena guna cara nii.. bukan apa..elakkan pembaziran wang rakyat. sykt aku skrg ni memang tgh nak guna ramai pekerja.. terutama operator mesin lelaki.. sykt aku ni dah pergi cari pekerja hampir ke seluruh malaysia ni.. dari perlis, kedah, perak, kelantan,t'ganu, pahang, n9 hingga ke johor.. dari satu negeri ke satu negeri diorg g tapi kurang mendapat perhatiaan.. tentulah byk wang yang digunakan.. bos aku ada gak suruh aku g ikut utk interview pekerja ni.. tapi aku malas nak jln2 jauh ni.. kadang2 ambil masa sampai seminggu lamanya.. sayang nak tinggalkan keluarga.. jadi lepas ni boleh la cuba guna cara ni.. ok gak kan..

Thursday, December 10, 2009

layan blocks..

dah lama tak layan blog dah.. sbb sibuk layan blocks dah skrg hehe.... blocks anak aku ni... emm.. ingatkan aku jer yg layan blog.. anak aku pun nak juga..
anak aku ni kalau dah main benda ni mesti terabur abis rumah aku.. nak kutipnya malas lak tu.. aku yg malas gak ni yang kutip..
anak aku panggil benda ni 'dog'.. bukan dia yg buatkan pun..aku gak yang kena buat... dia tlg robohkan tau ler..

Monday, November 30, 2009

rehat-rehat


cuti perayaan kali ni aku ngan family g berkelah di jeram sagil.. g mandi manda skit. perjalanan dari melaka mengambil masa lebih kurang sejam setengah. siap bawa bekalan lg, mcm2 ada..
anak aku yang sedang kesejukan..

masa menyelam ikan punyalah banyak.. sempat gak ikan gigit aku nya kaki.. apa lagi geram punya tgk ikan main2 kan aku, aku pun cuba la tangkap ikan kat situ.. punyala lama mencuba akhirnya dapatlah aku tangkap sekor ni.. masa nak balik maklang aku lepaskan balik ikan tu.. klu dapat 30 ekor leh gak goreng.. dapat sekor jerr..


masa balik tu kami singgah jap kat pekan jasin minum & makan2 skit.. masa tu anak aku dah tdo.. letih gak aku berenang kat sagil ni.. letih sbb aku tak tau berenang kot..hehehe..



Thursday, November 26, 2009

mantai


hari ni aku dah mula start cuti sampai hr ahad.. pagi2 lg wife aku dah tel g kat tempat keja dia sbb keta tak leh on.. aku tgh siap2 nk g main tenis lak.. kena la jenguk n buat apa yg patut dulu.. masalah bateri rupanya, aku pun 'gunalah 'jumper' yg dah ada kt keta aku.. nasib baik ok.. aku pun terus g main tenis ngan member aku.. lepas penat main aku pun balik la.. pastu dlm perjalanan aku ternampaklah mamat ni tgh jual daging lembu kat tepi jln.. mmm.. member aku si ijoi buat part time dia apabila setiap perayaan hari raya tiba.. ni la pot dia tiap2 thn.
biasanya dari kul 9 hingga kul 12 habislah semuanya.. biasanya org akan sapu bersih semua bahagian dari hujung kaki hingga hujung kepala... lemak, tulang,hati, jantung, perut & sebagainya akan habis dibeli. biasanya untung seekor lembu lebih kurang rm500-mr700. k la tu cuma keja separuh hari dah dapat untung mcm tu.. di n9 aktivi menyembelih lembu sebelum hari raya ni dipanggil 'mantai'.. kat negeri lain tak tau ler guna istilah apa.

Thursday, November 19, 2009

cukup rasa


macam biasa bila balik dari keja aku akan singgah kedai runcit dekat dgn rmh aku.. beli apa2 yg patut utk menu makan mlm ni.. biasanya dah kat dalam kedai runcit baru tau apa nak msk..pusing punya pusing jumpa ler aku ngan perisa maggi cukup rasa.. selalu gak tgk dlm iklan tapi tak pernah beli.. leh cuba nii.. aku pun beli la satu nak cuba.. akhirnya jadi ler sup cukup rasa aku hari ni.. ok ke tak tak tau ler..aku ni klu sendiri masak semuanya sedap.. takkan nak kata tak sedap.. letih oooo..
bila dah duk kat perantauan ni.. bukannya senang nak rasa makanan tradisi, terutama masakan n9.. masak lomak cili api.. kat bangi ni mmg ada masakan tradisi n9 ni.. tapi tak cukup rasa la.. jadi akupun buatlah sendiri.. nak makan masakan mak aku dah lama tak balik kg.. tak sempat dah nak tgu hari raya aidiladha ni.. sampaikan org rmh kata, aku ngigau sebut 'rindu'... rindu masakan n9 kot.... so akupun masaklah masak lomak cili api ikan parang.. meleleh air liur den...

selamat menjamu selera...

Monday, November 16, 2009

letih laa..


minggu ni aku ada game tenis di kajang hill, kajang. tengoklah tu.. macam best jer aku..
main tenis ni bukanlah sesenang yg kita tengok kat astro sports tu.. aku kalau buat servis mesti byk sangkut kat jaring hehe..


dalam tengah main sempat gak aku possing.. letih ooo.. pada perlawanan pertama aku/hezrey kalah 6-7(tie-breaks) & 3-6. aku kalah kat team otai.. Salleh Jani / Zul.. diaorg ni dah biasa main.. aku ni lak baru jer belajar2.. badan2 pun dah mula sakit2 ni, jalan pun macam ibu tgh berpantang nih.. tgh pikir nak g ayat doktor sbb tak larat nak keja ni..hehe..


ni lak antara pemai-pemain yg memeriahkan kejohanan tersebut.. Shahriman/Sanusi lwn Diky/Kamal..

zul tengah memberi tunjuk ajar kat hezrey camner nak pegang reket tenis.. sebab hezrey ni champion bandminton kat sykt aku ni.. skrg dalam pembikinan nak jadi champion tenis lak...

Thursday, November 12, 2009

ohh anak

dalam tak sedar anak aku ni dah meningkat dewasa.. dari sekecil kecil bayi dulu, kini dah besar.. dari merangkak-rangkak kini dah berjalan..seterusnya berlari-lari. hari ni aku tengok dia sungguh ceria skali..sejuk hati melihatnya gembira.. bagi aku.. bukan senang nak jaga anak yang dr kecil ni sampai dah besar ni.. mmm..maklumlah aku ni tak pernah ada adik ataupun lebih dikenali sebagai pengalaman menjaga budak. disebabkan dah tggjwb..aku cuba biasakan diri gak.. hehe..tgklah skrg..membesar juga anak aku..
bab menjaga anak ni memang mencabar terutama masa dia bayi lagi.. aku biasa duk berdua jer dgn anak aku ni terutama masa wife aku kerja mlm.. mula2 dulu takut gak..yer la..bayi ni kan selalu jer meragam..terutama waktu demam..
bayi memang suka menangis sampaikan buat kita jadi tension.. tapi bila kita tension.. dapat tgk anak ni buat kita ok balik..

aku pernah baca artikal tentang penjagaan bayi yang menyebut :
dengarilah tangisan bayi anda ketika kecilnya... mungkin apabila dia dewasa nanti kita yang akan menangis kerana rindukan tawa tangisnya.. kerana anak itu akan sibuk dengan urusannya..

Sunday, November 8, 2009

hoben jang hoben


Kali terakhir N9 menang piala malaysia ialah tahun 1948.. lama gak tuu.. memandangkan dah lama sgt & tak pernah tgk N9 menjulang piala malaysia, aku pun dgn yakinnya nak pergi tgk pasukan negeri aku masuk final ni.. pada mulanya malas gak nak g sbb dah kecewa tgk pada thn 2000 & 2006.. pikir2 blk g ajerlah..mana la tau menang. bukan senang nak sampai sana sbb ptg tu hujan lebat & org sgt ramai.. tgk la kt dlm lrt ni.. penuh sesangat..



malam tu memang best tgk mcm2 gelagat penyokong terutama penyokong N9 yang sporting.. tgk la tu.. gembiranya diaorg bila N9 dapat gol..


akhirnya penantian aku selama lebih 60 thn tercapai..

ganeh demo


perlawanan akhir piala malaysia antara n9 dan kelantan semalam khususnya dibanjiri oleh penyokong kelantan. gambar ni diambil semasa di stesen LRT bukit jalil.. penuh penyokong kelantan. sewaktu dlm LRT aku memang dah terasa lain macam jer sbb penuh dengan penyokong kelantan jer..hehe.. masa tu diaorg ni masih boleh bersuka ria & berjenaka.. borak2 dengan diaorg pun boleh...
tegoklah kat dalam stadium ni.. hanya 1/3 shj penyokong n9 yang datang menonton & selebihnya penyokong kelantan.


apabila pasukan kelantan ketinggalan 2 kosong, penyokong mereka dh mula buat hal.. mercun & botol air aku tgk melambung sana sini.. bila dh 3-0 keadaan lagilah bertambah buruk.. kerusi & kain rentang diaorg bakar. lagi bertambah buruk apabila penyokong n9 kuar untuk ke stesyen LRT.. diorg tak bagi penyokong n9 kesana.. sebabkan tu aku dah tertinggal LRT sbb perjalanan terakhir kul 12 mlm. mlm tu aku berempat tapi kawan aku azham hilang dalam ribuan penyokong sbb dikejar penyokong kelantan yg naik angin.. lintang pukang gak la aku melarikan diri masa tu.. nyesal..lepas ni kalau n9 lwn kelantan tobat aku tak nak pegi lagi.. aku terpaksa panggil member aku amik kt bukit jalil utk hantar kitaorg balik. ganas..ganas.. tapi tak lah semua penyokong kelantan tu camni..tapi disebabkan segelintir yg buat hal habis semua ngikut.. ada gak yang ok.. ada la brother dr kelantan tu yg suruh aku jgn lalu kawasan tu sbb penyokong dia tgh mengamuk.. apa2 pun..thanks bro..

Wednesday, November 4, 2009

jam


Hari ni aku sibuk la skit dgn keja2 yg tak pernah siap tu.. tgkla kesibukan aku bekerja sampai 2 komputer skali aku on... hehe.. rasa2 ada tak org yg buat keja sampai 3-4 biji komputer... fuiyoo.. sbuk giler org tu.. dlm tengah2 buat keja bos aku suruh g tlg dia susun & buat apa yg patut untuk penyampaian 'long service awards' sabtu ni.. sykt aku tiap2 thn ada memberi sumbangan hadiah diatas jasa & sumbangan pekerja bagi tempoh2 jangkamasa dia bekerja di sykt. pekerja yg dah bekerja selama 5,10,15,20 & seterusnya akan diberi hadiah mengikut nilai tahun bekerjanya, lagi lama lagi byk la nilai hadiah tu..
ni lah antara jam2 yg dilambakkan kt depan mata aku utk disusun & dikotakkan semula.

bila dah susun cantik barulah disimpan utuk penyampaian hadiah tu pada hari sabtu ni.. letih gak aku & geng2 aku nak settlekan benda ni.. dari pagi sampai petang aku mengerjakan benda ni jer.. nilai jam ni antara rm250 (after discount) hingga rm2000 (after discount).. aku nya takder lak thn ni sbb dh dapat 2 thn lepas.. kenalah tunggu 2-3 tahun lagi.. kot aku keja kat sini lagi.






Monday, November 2, 2009

makan


Semalam ahad aku sekeluarga didatangi tetamu dari melaka iaitu nenek sedara anak aku.. (mak sedara wife aku). Tujuan diaorg dtg ke kajang ni nak pegi jln2 kt rmh kwn dia di saujana putra di puchong. petang tu puas gak aku cr tempat tu sbb byk sgt nama saujana kat puchong tu.. Tengahari ni mak sedara wife aku ajak makan t.hari kat luar.. aku ni bab mkn kt luar kantoi skit sbb tak tau mana yg ok.. org jauh dtg mesti la nak bw kt tempat2 yg ok skit.. aku pun bw la g makan kt d-limau nipis berhadapan PKNS bangi. Ok ke tempat ni ekk.. tak tau laa..

yang aku tau kat situ air nya jer yg ok.. air d-limau nipis special.. tgk la anak aku dgn penuh yakin jer minum air tuu..

Saturday, October 31, 2009

boling

Hari ni aku ada perlawanan boling di sunway pyramid.. kitaorg sampai seperti yang dijadualkan iaitu pukul 10.30 a.m. memandangkan aku jd committee pendaftaran hari ni, adalah beberapa masalah yang tak dapat dielakkan antaranya pemain tidak dapat hadir pada last2 minit.. pada mulanya kedatangan aku kat sana bukannya nak main.. sbb dah team sykt aku tak cukup player akulah yang jadi bidan terjun.. penyertaan kali ni disertai seramai 180 orang pemain dan 45 buah pasukan.. bidan2 terjun pun aku punya team dapat no 4 keseluruhan.. k gak tu.. haaa.. itu dalam kumpulan.. kategori individu lak aku dapat tempat ke 23 dari 180 org pemain. k laa.. target top 10 tapi dah tak toopp..
Selesai jer main kini tiba lah masa untuk menanti cabutan bertuah.. aku tengok hadiah yang ada tak lah byk sgt sbb yang dtg punyalah ramai.. sorang demi sorang diorg panggil tapi nama aku tak juga disebut..

penantian aku akhirnya berbuah yang nama aku dipanggil untuk mengambil hadiah dari cabutan bertuah tersebut... kena juga akhirnya... haha.. besar gak hadiah.. tapi kalau kecik setahu aku lagi bernilai.. tapi takpe, dah rezeki aku hari ni.. yang tak dapat cuba lagi..

ini la hadiah yang aku dapat ELECTRIK OVEN.. hehe.. aku tak minat sgt bab guna2 oven ni.. sbb kat rmh dh ada microwave.. oven yg camni pun dah ada.. bak kata GJAN.. benda ni tak leh buat kek gula hangus yang dibuatnya selalu tu.. tak taula.. ada member aku nak beli tapi tak tau lak nak jual berapa.. agak2 berapa ekk..


Thursday, October 29, 2009

baju oh baju






Ini la baju yang akan dipakai oleh player2 boling pada hari sabtu ni di sunway pyramid. setiap pemain akan mendapat sehelai untuk dipakai pada kejohanan tu nanti.. tapi yang tak main tak dapat ler.. company aku hantar seramai 45 pemain dan aku pun submit 45 helai baju kat main committee.. so.. tak der la lebihan permintaan yg aku dapat... sapa nak bagi lebih..

tetapi ada juga kengkawan aku tu yg tak main nak juga.. aku kata aku dapat pun cukup2 utk pemain pada hari sabtu ni.. tapi diorg ni aku tak tau laa.. ada yang sampai hati kata aku simpan dlm bonet keta la.. dh htr rmh akulahhh.. tak ingat memberlaa.. so.. terasa tu.. macam la aku ni 'kebulur' sangat kat baju ni..

mmmm.. aku rasa lepas ni biarlah org ni sendiri yang handle benda2 camni.. mungkin dia blh minta lebih & bagi kwn2 dia lak.. minta 45 dapat 2000...fuiyooo..

Tuesday, October 27, 2009

meeting


Hari ni aku ada 2 benda yang kena buat... 1-jumpa doktor & 2- attend meeting di sapura holding, mines.. memandangkan sapura holding pada hari sabtu ni ada perlawanan bowling inter-company di sunway pyramid, aku sbg ajk sukan kena la buat preparation apa yang patut. meeting hari ni kitaorg panggil setiap kapten pasukan untuk membuat undian lane.
Ni pula selepas majlis undian dan taklimat peraturan tiba masa ajk pula bersidang. byk benda yang dibincangkan terutama perjalanan kejohanan tu nanti.. bagi yang tak masuk kejohanan ni jgn menyesal sbb hadiahnya lumayan terutama lucky draw.. aku difahamkan hadiah utama bmw 5 series.. hahaha.. lepas ni yang tak join mesti terus nak join.. lain2 tu tv lcd, i-pod dll... hehehe.. bmw tu cuma bagi pinjam jerkk... 2 hari... biasalah sapura ni byk cabang industri antaranya automatif, petroleum dll.. pada warga sapura tu, jemput la datang memeriahkan kejohanan..

Esok Datang Yerr...


Semalam aku dihubungi oleh staff klinik kesihatan bangi yang bertanya kenapa aku tak datang sbb ada appoinment dengan doktor... emmm. aku pun dgn suara terkejut bertanya staff tersebut yang aku ada appointment ke hari tu... hehe.. buat-buat lupa lak.. bukannya tak tau sbb aku memang ada appointment dgn pakar tu setiap 3 bulan...
bukannya apa aku malas lak nak g hr tu sbb.. ntahlaa..
apa yang bagusnya siap call aku lagi dan staff tu suruh datang keesokan harinya.


Disebabkan keprihatinan warga kerja klinik tersebut yang sanggup call aku.. aku pun dengan bangganya pergilah pada hari ni utk chec-up aku nya penyakit ni.. aku sampai klinik kesihatan bangi ni kira2 jam 7.45a.m dan org tgh ramai beratur ambil nombor.. takut gak aku tgk org tgh ramai2 & lambat ler aku masuk keja hari ni.. mungkin org yang jumpa doktor aku ni tak ramai datang lagi aku pun dapatlah no giliran ke 2.. selamat aku hari ni tak tunggu lama.

Sebelum jumpa doktor aku diperiksa oleh akak misi tu dulu.. check tekanan darah & berat.