Saturday, October 31, 2009

boling

Hari ni aku ada perlawanan boling di sunway pyramid.. kitaorg sampai seperti yang dijadualkan iaitu pukul 10.30 a.m. memandangkan aku jd committee pendaftaran hari ni, adalah beberapa masalah yang tak dapat dielakkan antaranya pemain tidak dapat hadir pada last2 minit.. pada mulanya kedatangan aku kat sana bukannya nak main.. sbb dah team sykt aku tak cukup player akulah yang jadi bidan terjun.. penyertaan kali ni disertai seramai 180 orang pemain dan 45 buah pasukan.. bidan2 terjun pun aku punya team dapat no 4 keseluruhan.. k gak tu.. haaa.. itu dalam kumpulan.. kategori individu lak aku dapat tempat ke 23 dari 180 org pemain. k laa.. target top 10 tapi dah tak toopp..
Selesai jer main kini tiba lah masa untuk menanti cabutan bertuah.. aku tengok hadiah yang ada tak lah byk sgt sbb yang dtg punyalah ramai.. sorang demi sorang diorg panggil tapi nama aku tak juga disebut..

penantian aku akhirnya berbuah yang nama aku dipanggil untuk mengambil hadiah dari cabutan bertuah tersebut... kena juga akhirnya... haha.. besar gak hadiah.. tapi kalau kecik setahu aku lagi bernilai.. tapi takpe, dah rezeki aku hari ni.. yang tak dapat cuba lagi..

ini la hadiah yang aku dapat ELECTRIK OVEN.. hehe.. aku tak minat sgt bab guna2 oven ni.. sbb kat rmh dh ada microwave.. oven yg camni pun dah ada.. bak kata GJAN.. benda ni tak leh buat kek gula hangus yang dibuatnya selalu tu.. tak taula.. ada member aku nak beli tapi tak tau lak nak jual berapa.. agak2 berapa ekk..


Thursday, October 29, 2009

baju oh baju






Ini la baju yang akan dipakai oleh player2 boling pada hari sabtu ni di sunway pyramid. setiap pemain akan mendapat sehelai untuk dipakai pada kejohanan tu nanti.. tapi yang tak main tak dapat ler.. company aku hantar seramai 45 pemain dan aku pun submit 45 helai baju kat main committee.. so.. tak der la lebihan permintaan yg aku dapat... sapa nak bagi lebih..

tetapi ada juga kengkawan aku tu yg tak main nak juga.. aku kata aku dapat pun cukup2 utk pemain pada hari sabtu ni.. tapi diorg ni aku tak tau laa.. ada yang sampai hati kata aku simpan dlm bonet keta la.. dh htr rmh akulahhh.. tak ingat memberlaa.. so.. terasa tu.. macam la aku ni 'kebulur' sangat kat baju ni..

mmmm.. aku rasa lepas ni biarlah org ni sendiri yang handle benda2 camni.. mungkin dia blh minta lebih & bagi kwn2 dia lak.. minta 45 dapat 2000...fuiyooo..

Tuesday, October 27, 2009

meeting


Hari ni aku ada 2 benda yang kena buat... 1-jumpa doktor & 2- attend meeting di sapura holding, mines.. memandangkan sapura holding pada hari sabtu ni ada perlawanan bowling inter-company di sunway pyramid, aku sbg ajk sukan kena la buat preparation apa yang patut. meeting hari ni kitaorg panggil setiap kapten pasukan untuk membuat undian lane.
Ni pula selepas majlis undian dan taklimat peraturan tiba masa ajk pula bersidang. byk benda yang dibincangkan terutama perjalanan kejohanan tu nanti.. bagi yang tak masuk kejohanan ni jgn menyesal sbb hadiahnya lumayan terutama lucky draw.. aku difahamkan hadiah utama bmw 5 series.. hahaha.. lepas ni yang tak join mesti terus nak join.. lain2 tu tv lcd, i-pod dll... hehehe.. bmw tu cuma bagi pinjam jerkk... 2 hari... biasalah sapura ni byk cabang industri antaranya automatif, petroleum dll.. pada warga sapura tu, jemput la datang memeriahkan kejohanan..

Esok Datang Yerr...


Semalam aku dihubungi oleh staff klinik kesihatan bangi yang bertanya kenapa aku tak datang sbb ada appoinment dengan doktor... emmm. aku pun dgn suara terkejut bertanya staff tersebut yang aku ada appointment ke hari tu... hehe.. buat-buat lupa lak.. bukannya tak tau sbb aku memang ada appointment dgn pakar tu setiap 3 bulan...
bukannya apa aku malas lak nak g hr tu sbb.. ntahlaa..
apa yang bagusnya siap call aku lagi dan staff tu suruh datang keesokan harinya.


Disebabkan keprihatinan warga kerja klinik tersebut yang sanggup call aku.. aku pun dengan bangganya pergilah pada hari ni utk chec-up aku nya penyakit ni.. aku sampai klinik kesihatan bangi ni kira2 jam 7.45a.m dan org tgh ramai beratur ambil nombor.. takut gak aku tgk org tgh ramai2 & lambat ler aku masuk keja hari ni.. mungkin org yang jumpa doktor aku ni tak ramai datang lagi aku pun dapatlah no giliran ke 2.. selamat aku hari ni tak tunggu lama.

Sebelum jumpa doktor aku diperiksa oleh akak misi tu dulu.. check tekanan darah & berat.

Monday, October 26, 2009

Hobi Baru


Hari minggu ni aku isi masa lapang aku dengan bermain tenis di UKM. Itupun kawan aku yang ajak sebab aku ni bukanlah terror & pernah main tenis. walaupun first time aku main tak lah seteruk mana.. terror skit jer nadal pada aku. letih la juga sbb byk kutip bola kat luar gelanggang.

Macam biasalah bila dah bermandi peluh main tenis, ni la masa untuk mandi.. haha..keta aku yang mandi bukannya aku. Tempat basuh keta ni di buat di celah-celah bangunan dan aku tak tau pun yang buka car wash kat sini adalah salah.. itupun org yang buka car wash ni yang cakap.. dia kata pernah disaman oleh MPKJ beberapa hari yang lalu.. tu la.. kalau orang melayu berniaga memang selalu kena kacau & lain pula kaum yang lain tuu.. aku tgk lama diaorg berniaga macam biasa terutama peniaga CD kat tepi-tepi jalan ni.. rasa-rasa laa..apa petua diorg ni berniaga dengan selamba & selamat sejahtera jer... macam tak bersalah jer...



Wednesday, October 21, 2009

Lori Yang Tersasar


Sewaktu aku pegi ronda-ronda kilang ptg td aku di gemparkan dengan kejadian lori terbabas ke parking kereta di bahagian belakang kilang aku. Lori tersebut tak dapat 'membrek' dengan baik ketika nak buat pusingan untuk keluar dari kilang.


Setelah hampir setengah jam barulah lori tu berjaya naik.. aku tengok berpeluh gak drebar lori tu nak naik kan balik lori tu.. ye la sbb kawasan tu sempit dan berbukit skit. beberapa kereta yang parking kat bawah tu nyaris-nyaris dilanggar lori tersebut.


Lori tu juga sempat la 'trim' pokok kat parking area tu..


Ini lak antara kereta-kereta yang terselamat dalam kejadian tersebut... aiikk.. macam kenal jer kereta ni.. sapa nya ni ?


Monday, October 19, 2009

Selamat Hari Jadi Fatina






Pada hari sabtu yang lalu abang/kakak ipar aku buat open house & sambut harijadi anak bongsunya kat tamam Ozana Melaka, majlis tu bermula jam 4 petang. Macam biasa persiapan dibuat dari pagi lagi kat rumah mertua aku di semabok. Aku ada la tolong-tolong skit apa yang patut seperti potong sayur & kacau-kacau lauk skit.. ( tgk ajer pun byk juga).. bihun tu aku tlg kacau.. tapi kena leter jer kat makcik aku tu.. yer ler.. setakat kacau kuali kecik expert la aku, dah kuali besar payah la sikit. Disebabkan majlis tu mula jam 4 ptg dan persiapan tu pula ada yang tak siap lagi, jadi terkocoh-kocoh la skit sbb bila dah masak nak g hantar lak kat rmh abg/kakak ipar aku tu.


Macam biasa bila dah letih tlg skit-skit & tlg tgk.. masa aku duk relax lak & posing-posing masa majlis tu. Ingatkan nak relax tapi tak juga sbb sbuk duk melayan anak aku yang tak senang duduk tu.



Menu-menu yang telah disediakan oleh mak & makcik-makcik aku selamat dihidangkan.


Orang rumah aku yang tengah posing ngan sepupu-sepupu dia.. mak mertua aku pun ada skali.. Masa untuk berehat setelah sehari bertungkus lumus membuat persiapan..




Sunday, October 18, 2009

Lajunya kereta dia orang

Sempena cuti perayaan cuti deepavali ni aku pun balik la kg. org rmh aku di Melaka.. (aku sambut hari raya ekk..) sbb kakak/abg ipar aku buat open house & sambut besday anak bongsunya. Macam biasa klu setiap cuti perayaan jalan mesti jem nya. Hari jumaat lepas blk keja mula la aku mengemas dan lebih kurang jam 9 akupun blk kg tapi kereta masa tu dah mula byk. Aku meredah jalan jem dari hentian rehat Nilai sampailah susur masuk Seremban.

Kadang-kadang jalan jem bukannya apa, hanya sbb ada kereta yang rosak kat bahu-bahu jalan dan ramailah keta yang memperlahankan kereta sbb saja nak tgk kejadian yang luar biasa bagi diorang tu la.. macam tak pernah tgk kereta rosak lak.. itu la ragam org kita apabila berada di jalan raya. Aku ni kira bernasib baik la sebab kereta aku auto, jadi tak la letihh sgt.

Berkenaan 'travel' di highway ni, kadang-kadang aku paling tak suka ngan kereta-kereta yg berkuasa tinggi ni sbb tak respect kat kereta yang kecik cam kereta aku ni, diorang kalau aku ni tgh memotong kereta lain & dia sampai kat belakang kereta aku diaorg ni tak sbr-sbr nak suruh aku ketepi. Kesian kat aku ni.. bukannya apa, tunggula aku abis memotong kereta lain dulu & takkanla aku nak terus ketepi sbb sebelah tu ada kereta.. kalau aku terus ketepi tak pasal-pasal aku langgar kereta yang aku tengah memotong.. Kesian kann..

Dalam byk-byk kereta yg aku tgk sg-sgt laju kat highway tu dtgnya dari negara jiran iaitu kereta Singapura.. disebabkan ini negara aku, kalau diaorg bw laju & aku tgk plat kereta Singapura aku pun buat tak tau jer kalau diaorg suruh aku ketepi.. nak takut apa.. negara aku.. rasa-rasa aku ni hero malaysia tak?

Tuesday, October 13, 2009

Menu Semalam


Menu sarapan pagi yg biasa org malaysia duk makan.


Ingatkn mlm dh tak nak makan, tp tak leh tdo dibuatnya kalau tak makan. Jadi.. apa yg ada kt dlm peti sejuk tu aku pun buatlh apa yg patut..goreng ayam jer.. hehe.. simple jer.. janji leh isi perut aku/wife & anak aku. bukan tak nk buat yg special-special.. tp nant yg mkn aku ngan wife aku jer, anak aku duk tgk jer, '' yah..pedashhh..pedashhh''.. kata anak aku..



macam biasalah kalau dh kenyang baru la lena tido..

Monday, October 12, 2009

Hari Sabtu Yang Sibuk


Perjalanan pada hr sabtu diteruskan ke kedai Mak Itam aku di Damansara, kali ni tak buat kat rmh sbb buat kat kedai dia sempena 1 tahun penubuhannya.. nama kedai tu Airyll Iris, sapa yg g Damansara leh sgh sebentar kt kdai mak itam aku ni..


Ni lak Pak Itam aku yg sbuk melayan tetamu, tetamu kt depan dia tu wife & anak aku.



Antara tetamu-tetamu yg jauh pun hadir, mak/pak lang aku & abg ipar aku dtg dr melaka, Mak & bapa mertua aku pun dtg.



Macam biasa anak aku klu lama-lama skit dia boring, klu dh boring mulalah buat ragam. terpaksalah aku g beli mainan kt Seven E sebelah tu, ok lah sekejap tp buat perangai pastu sbb dh boring main.














Lepas jer aku jln dr sg.long aku g lak rmh nazir yg baru ni, besar gak n cantikk.. terima kasih sbb membesarkan lagi perut aku hr sabtu ni




Pada hari sabtu aku g la sg.long g rmh terbuka member aku, tak sangka lak sg.long tu pesat membangun mcm bandar kajang gak, yer ler baru first time aku sampai kt sg.long ni. walaucamnapun aku ucapkan terima kasih kat paid sbb ajak aku g rmh dia.. member serumah masa bujang-bujang dulu.. yang kiri tu si apid dan yang tgh mkn tu am. hahaha.. tgl am sorang jer dlm ramai-ramai yg bujang lagi.. bilo nak kawin tak tau la..ada sapa-sapa berkenan leh aku kenalkan..




Thursday, October 8, 2009


Macam ni la hari-hari bila tiba msa nk g keja. tapi kira ok la dr org keja kat KL tu.

Wednesday, October 7, 2009



Hari ni aku g keja lambat skit sbb ada mslh skit dgn motor aku.. nak start tak leh pula, sampai lenguh kaki ni nk hidupkan motor tu.. tapi xper, aku ada pilihan lain iaitu keta aku tu..Tetapi.. bila aku start keta.. keta pun xleh nk start.. rupa-rupanya dah seminggu keta tu x jln.. terpaksalah aku msg bos aku yg arini aku lambat skit. aku pun msg la org rmh aku yg keta n motor tu xleh nak start.. pastu org rmh aku pun balikla amik aku sbb keta lg satu dia pakai g keja.. terpaksalah dia kuar jap.
Memandangkan arini akunya mslh dtg 2 skali, aku masih relax n tak mengeluh sampai nak terajang motor n keta tu. sbr gak aku hr ni.. dek kesabaran aku tu, tiba-tiba aku dapat call yg ada org nk beli Jam Azan yg aku tgh duk jual skrg ni.. nk beli bukannya 1, tp 2 skali.REZEKI...Alhamdulillah..




Tuesday, October 6, 2009

RAGAM ANAK


Gambar ni biasanya org dh kawin tau la apa dia..tp skrg ni org tak kawin pun tau gak.. antara berita-berita gembira pasangan org berkawin ni la dia.. tak tau ada yg tak gembira, tp bg aku ni la satu kurniaan yg tak terkira nilainya... selain kalau org bg bmw kt aku..aku harap semuanya ok.. sekarang ni baby aku kt dlm perut tu baru 3 bln.


Masa hr minggu ni aku byk abiskan ms duk rmh melayan kengkawan yang dtg rmh. tak kurang jg tgk anak aku sorang ni, siap pegang tangan awek lagi.. kecik-kecik dah pandai yer.. marah papa balqis tu nanti pegang-pegang tangan anak dara orang



Bahang suasana aidilfitri masih terasa sbb masih ada lagi yang buat open house terutama hujung minggu ni.. antara yg ngajak aku g open house ialah k.long jiran kt kg aku. dia buat kat rmh dia di putrajaya, besar gak rmh dia.. rmh kakitangan kerajaan.. klu dh keja kerajaan ni mesti byk dpt benefitnya, aku ada gak mintk keja kerajaan tp bila interview tak dapat.. ramai sgt yang mintaknya.. cukupla kot org rmh aku jer yg keja kerajaan. apa-apa hal..terima kasih sbb ngajak aku g rmh k.long