Tuesday, July 30, 2013

PROGRAM BAKAR LEMANG DARI GENG KAJANG LIVINIAN (KALIV)

Pada 27.7.2013 satu program bakar lemang telah diadakan di Kolam Tok Mat Semenyih , datuk ahli KALIV, Herman.
Antara program yang dilakukan pada hari tersebut :
9.00 pagi - Penyediaan tempat bakar lemang
11.00 pagi - masukkan daun pisang dalam buluh
4.30 ptg - basuh beras pulut / masukkan beras pulut
8.30 mlm - hidupkan api
9.00 mlm - masukkan santan
9.30 mlm - pembakaran lemang pun bermula ( sesi pertama 70 batang )
12.30 pagi - pembakaran lemang ( sesi kedua 70 batang )
5.00 pagi - selesai

Tahniah kepada semua yang terlibat kerana usaha anda amatlah dihargi. semoga program kali kedua ini akan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang.

Tuesday, July 16, 2013

JELAJAH N9 PADA 6 - 7 JULAI 2013









Aktiviti berkonvoi Komuniti Kajang Livinian ( KALIV ) sebanyak lebih kurang 24 buah kenderaan kali ini ialah menjelajah Negeri Sembilan selepas konvoi pertama ke Pulau Pinang pada Awal tahun yang lalu.
Perjalanan bermula dr RnR Beranang (Lekas) menuju ke Kuala Klawang. Kemudian singgah sarapan pagi di Kampung saya di Felda Pasoh 3. Perjalanan diteruskan ke Kuala Pilah seterusnya makan tengahari di rumah sahabat kita di Johol. Meneruskan perjalanan ke Rembau ( singgah makan durian ) seterusnya singgah minum cendol Leman Dawi. Setelah manjamu cendol program di teruskan ke Port Dickson. 
Salam..lama tak update.. dr anak sorang sekarang dah 3..