Wednesday, December 23, 2009
rambut
Friday, December 18, 2009
makan malam
malam ni aku g jln2 cari makan.. nak cari tempat best2 skit.. rasa2 kedai yang jual masak lomak cili api ada tak? tak pun masak asam pedas... haha.. mlm2 mana ada dah jual sume tu.. aku jumpa kedai yg jual pizza lak malam ni..
aku ingatkan anak aku suka la mkn pizza ni.. yer laa.. anak aku ni kan org bandar.. lahir kat kota.. mesti suka makan benda2 macam ni.. aku ni lain la.. lahir pun kat corok kampung.. tapi anak aku ni tak suka lak makan pizza ni.. di main2 jerr.. dia ajak aku balik cepat nak balik rumah.. nak nasi katanya.. sbuk nak nasi..aku pun tak sempatlah nak makan sgt n terpaksa bungkus bw balik..
haha... org rmh aku tak sempat nak makan puas2.. lain kali jer lah..
Friday, December 11, 2009
Thursday, December 10, 2009
layan blocks..
Monday, November 30, 2009
rehat-rehat
Thursday, November 26, 2009
mantai
Thursday, November 19, 2009
cukup rasa
Monday, November 16, 2009
letih laa..
minggu ni aku ada game tenis di kajang hill, kajang. tengoklah tu.. macam best jer aku..
main tenis ni bukanlah sesenang yg kita tengok kat astro sports tu.. aku kalau buat servis mesti byk sangkut kat jaring hehe..
dalam tengah main sempat gak aku possing.. letih ooo.. pada perlawanan pertama aku/hezrey kalah 6-7(tie-breaks) & 3-6. aku kalah kat team otai.. Salleh Jani / Zul.. diaorg ni dah biasa main.. aku ni lak baru jer belajar2.. badan2 pun dah mula sakit2 ni, jalan pun macam ibu tgh berpantang nih.. tgh pikir nak g ayat doktor sbb tak larat nak keja ni..hehe..
Thursday, November 12, 2009
ohh anak
aku pernah baca artikal tentang penjagaan bayi yang menyebut :
Sunday, November 8, 2009
hoben jang hoben
Kali terakhir N9 menang piala malaysia ialah tahun 1948.. lama gak tuu.. memandangkan dah lama sgt & tak pernah tgk N9 menjulang piala malaysia, aku pun dgn yakinnya nak pergi tgk pasukan negeri aku masuk final ni.. pada mulanya malas gak nak g sbb dah kecewa tgk pada thn 2000 & 2006.. pikir2 blk g ajerlah..mana la tau menang. bukan senang nak sampai sana sbb ptg tu hujan lebat & org sgt ramai.. tgk la kt dlm lrt ni.. penuh sesangat..
ganeh demo
apabila pasukan kelantan ketinggalan 2 kosong, penyokong mereka dh mula buat hal.. mercun & botol air aku tgk melambung sana sini.. bila dh 3-0 keadaan lagilah bertambah buruk.. kerusi & kain rentang diaorg bakar. lagi bertambah buruk apabila penyokong n9 kuar untuk ke stesyen LRT.. diorg tak bagi penyokong n9 kesana.. sebabkan tu aku dah tertinggal LRT sbb perjalanan terakhir kul 12 mlm. mlm tu aku berempat tapi kawan aku azham hilang dalam ribuan penyokong sbb dikejar penyokong kelantan yg naik angin.. lintang pukang gak la aku melarikan diri masa tu.. nyesal..lepas ni kalau n9 lwn kelantan tobat aku tak nak pegi lagi.. aku terpaksa panggil member aku amik kt bukit jalil utk hantar kitaorg balik. ganas..ganas.. tapi tak lah semua penyokong kelantan tu camni..tapi disebabkan segelintir yg buat hal habis semua ngikut.. ada gak yang ok.. ada la brother dr kelantan tu yg suruh aku jgn lalu kawasan tu sbb penyokong dia tgh mengamuk.. apa2 pun..thanks bro..
Wednesday, November 4, 2009
jam
Hari ni aku sibuk la skit dgn keja2 yg tak pernah siap tu.. tgkla kesibukan aku bekerja sampai 2 komputer skali aku on... hehe.. rasa2 ada tak org yg buat keja sampai 3-4 biji komputer... fuiyoo.. sbuk giler org tu.. dlm tengah2 buat keja bos aku suruh g tlg dia susun & buat apa yg patut untuk penyampaian 'long service awards' sabtu ni.. sykt aku tiap2 thn ada memberi sumbangan hadiah diatas jasa & sumbangan pekerja bagi tempoh2 jangkamasa dia bekerja di sykt. pekerja yg dah bekerja selama 5,10,15,20 & seterusnya akan diberi hadiah mengikut nilai tahun bekerjanya, lagi lama lagi byk la nilai hadiah tu..
bila dah susun cantik barulah disimpan utuk penyampaian hadiah tu pada hari sabtu ni.. letih gak aku & geng2 aku nak settlekan benda ni.. dari pagi sampai petang aku mengerjakan benda ni jer.. nilai jam ni antara rm250 (after discount) hingga rm2000 (after discount).. aku nya takder lak thn ni sbb dh dapat 2 thn lepas.. kenalah tunggu 2-3 tahun lagi.. kot aku keja kat sini lagi.
Monday, November 2, 2009
makan
Semalam ahad aku sekeluarga didatangi tetamu dari melaka iaitu nenek sedara anak aku.. (mak sedara wife aku). Tujuan diaorg dtg ke kajang ni nak pegi jln2 kt rmh kwn dia di saujana putra di puchong. petang tu puas gak aku cr tempat tu sbb byk sgt nama saujana kat puchong tu.. Tengahari ni mak sedara wife aku ajak makan t.hari kat luar.. aku ni bab mkn kt luar kantoi skit sbb tak tau mana yg ok.. org jauh dtg mesti la nak bw kt tempat2 yg ok skit.. aku pun bw la g makan kt d-limau nipis berhadapan PKNS bangi. Ok ke tempat ni ekk.. tak tau laa..
yang aku tau kat situ air nya jer yg ok.. air d-limau nipis special.. tgk la anak aku dgn penuh yakin jer minum air tuu..
Saturday, October 31, 2009
boling
ini la hadiah yang aku dapat ELECTRIK OVEN.. hehe.. aku tak minat sgt bab guna2 oven ni.. sbb kat rmh dh ada microwave.. oven yg camni pun dah ada.. bak kata GJAN.. benda ni tak leh buat kek gula hangus yang dibuatnya selalu tu.. tak taula.. ada member aku nak beli tapi tak tau lak nak jual berapa.. agak2 berapa ekk..
Thursday, October 29, 2009
baju oh baju
Ini la baju yang akan dipakai oleh player2 boling pada hari sabtu ni di sunway pyramid. setiap pemain akan mendapat sehelai untuk dipakai pada kejohanan tu nanti.. tapi yang tak main tak dapat ler.. company aku hantar seramai 45 pemain dan aku pun submit 45 helai baju kat main committee.. so.. tak der la lebihan permintaan yg aku dapat... sapa nak bagi lebih..
tetapi ada juga kengkawan aku tu yg tak main nak juga.. aku kata aku dapat pun cukup2 utk pemain pada hari sabtu ni.. tapi diorg ni aku tak tau laa.. ada yang sampai hati kata aku simpan dlm bonet keta la.. dh htr rmh akulahhh.. tak ingat memberlaa.. so.. terasa tu.. macam la aku ni 'kebulur' sangat kat baju ni..
mmmm.. aku rasa lepas ni biarlah org ni sendiri yang handle benda2 camni.. mungkin dia blh minta lebih & bagi kwn2 dia lak.. minta 45 dapat 2000...fuiyooo..
Tuesday, October 27, 2009
meeting
Esok Datang Yerr...
Semalam aku dihubungi oleh staff klinik kesihatan bangi yang bertanya kenapa aku tak datang sbb ada appoinment dengan doktor... emmm. aku pun dgn suara terkejut bertanya staff tersebut yang aku ada appointment ke hari tu... hehe.. buat-buat lupa lak.. bukannya tak tau sbb aku memang ada appointment dgn pakar tu setiap 3 bulan...
bukannya apa aku malas lak nak g hr tu sbb.. ntahlaa..
apa yang bagusnya siap call aku lagi dan staff tu suruh datang keesokan harinya.
Disebabkan keprihatinan warga kerja klinik tersebut yang sanggup call aku.. aku pun dengan bangganya pergilah pada hari ni utk chec-up aku nya penyakit ni.. aku sampai klinik kesihatan bangi ni kira2 jam 7.45a.m dan org tgh ramai beratur ambil nombor.. takut gak aku tgk org tgh ramai2 & lambat ler aku masuk keja hari ni.. mungkin org yang jumpa doktor aku ni tak ramai datang lagi aku pun dapatlah no giliran ke 2.. selamat aku hari ni tak tunggu lama.