Hari ni aku ada perlawanan boling di sunway pyramid.. kitaorg sampai seperti yang dijadualkan iaitu pukul 10.30 a.m. memandangkan aku jd committee pendaftaran hari ni, adalah beberapa masalah yang tak dapat dielakkan antaranya pemain tidak dapat hadir pada last2 minit.. pada mulanya kedatangan aku kat sana bukannya nak main.. sbb dah team sykt aku tak cukup player akulah yang jadi bidan terjun.. penyertaan kali ni disertai seramai 180 orang pemain dan 45 buah pasukan.. bidan2 terjun pun aku punya team dapat no 4 keseluruhan.. k gak tu.. haaa.. itu dalam kumpulan.. kategori individu lak aku dapat tempat ke 23 dari 180 org pemain. k laa.. target top 10 tapi dah tak toopp..
Selesai jer main kini tiba lah masa untuk menanti cabutan bertuah.. aku tengok hadiah yang ada tak lah byk sgt sbb yang dtg punyalah ramai.. sorang demi sorang diorg panggil tapi nama aku tak juga disebut..
penantian aku akhirnya berbuah yang nama aku dipanggil untuk mengambil hadiah dari cabutan bertuah tersebut... kena juga akhirnya... haha.. besar gak hadiah.. tapi kalau kecik setahu aku lagi bernilai.. tapi takpe, dah rezeki aku hari ni.. yang tak dapat cuba lagi..

ini la hadiah yang aku dapat ELECTRIK OVEN.. hehe.. aku tak minat sgt bab guna2 oven ni.. sbb kat rmh dh ada microwave.. oven yg camni pun dah ada.. bak kata GJAN.. benda ni tak leh buat kek gula hangus yang dibuatnya selalu tu.. tak taula.. ada member aku nak beli tapi tak tau lak nak jual berapa.. agak2 berapa ekk..