Sunday, November 8, 2009

ganeh demo


perlawanan akhir piala malaysia antara n9 dan kelantan semalam khususnya dibanjiri oleh penyokong kelantan. gambar ni diambil semasa di stesen LRT bukit jalil.. penuh penyokong kelantan. sewaktu dlm LRT aku memang dah terasa lain macam jer sbb penuh dengan penyokong kelantan jer..hehe.. masa tu diaorg ni masih boleh bersuka ria & berjenaka.. borak2 dengan diaorg pun boleh...
tegoklah kat dalam stadium ni.. hanya 1/3 shj penyokong n9 yang datang menonton & selebihnya penyokong kelantan.


apabila pasukan kelantan ketinggalan 2 kosong, penyokong mereka dh mula buat hal.. mercun & botol air aku tgk melambung sana sini.. bila dh 3-0 keadaan lagilah bertambah buruk.. kerusi & kain rentang diaorg bakar. lagi bertambah buruk apabila penyokong n9 kuar untuk ke stesyen LRT.. diorg tak bagi penyokong n9 kesana.. sebabkan tu aku dah tertinggal LRT sbb perjalanan terakhir kul 12 mlm. mlm tu aku berempat tapi kawan aku azham hilang dalam ribuan penyokong sbb dikejar penyokong kelantan yg naik angin.. lintang pukang gak la aku melarikan diri masa tu.. nyesal..lepas ni kalau n9 lwn kelantan tobat aku tak nak pegi lagi.. aku terpaksa panggil member aku amik kt bukit jalil utk hantar kitaorg balik. ganas..ganas.. tapi tak lah semua penyokong kelantan tu camni..tapi disebabkan segelintir yg buat hal habis semua ngikut.. ada gak yang ok.. ada la brother dr kelantan tu yg suruh aku jgn lalu kawasan tu sbb penyokong dia tgh mengamuk.. apa2 pun..thanks bro..

2 comments:

annie said...

Apolah camtu na diorang Lie kan, tak do sivik langsung. Nasib baik awak tak do apo2. Harap2 org N.9 tak seliar itu..Insyaallah

rusli_zairin said...

hehe.. cuak gak.. org N9 ok..